Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan ,Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak Datuk Roland Sagah Wee Inn menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Kebersihan dan Landskap Sungai Dalam Kampung kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tarat. Foto: TVS

Aset hutan bantu Sarawak stabilkan ekonomi

PADAWAN, 29 Jan: Aset hutan yang dimliiki Sarawak berupaya membantu menstabilkan ekonomi di seluruh negeri ini kata Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Roland Sagah Wee Inn.

Menyedari perkara itu kata beliau pelbagai program berkaitan perlu dilaksanakan bagi mendedahkan masyarakat mengenai kepentingan penjagaan aset-aset hutan termasuk sungai-sungai yang menjadi sumber air.

Memetik contoh, pengajuran pertandingan kebersihan sungai menerusi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak bersama Kementerian Pendidikan,Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) akan memberikan kesedaran kepada masyarakat perihal kepentingan sungai dalam kehidupan seharian serta aspek penjanaan ekonomi melalui kelastarian alam.

“Saya dapat tahu bahawa ada beberapa kampung yang telah mula memperoleh pulangan daripada pelaburan tagang dan landskap kampung”.

“Begitu juga dengan kampung Peraya yang telah memperoleh pendapatan daripada program jaga sungai ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian hadiah pertandingan kebersihan dan landskap sungai kampung kawasan DUN Tarat di Balai raya Kampung Pesang di Padawan, pada Sabtu.

Sementara itu, Pemangku Controller Lembaga Sungai-Sungai Sarawak Leftenen Kolonel (Bersara) Ding Tiew Wong menyeru masyarakat serta penduduk kampung lebih kerap menjaga kebersihan alam sekitar khususnya sungai-sungai di Sarawak.

Menurutnya, penjagaan serta pengekalan lanskap sungai yang bersih dan indah mampu memberikan suasana yang tenang dan harmoni seterusnya membantu menjana ekonomi penduduk di kawasan terlibat.

Hadir sama Pengurusi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak Murni Suhaili serta Pegawai Daerah Siburan Ranum Bari. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan