Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menggaul Yee Sang bersama Datuk Seri Tiong King Sing dan tetamu lain pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Bintulu, hari ini. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS).

Abang Johari meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Bintulu

ByHafeezzur Muzamir

BINTULU, 29 Jan: Kesibukan tugas dan jadual harian yang padat tidak menghalang Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di sini.

Setibanya beliau dari Kuching pagi ini, Abang Johari bersama isterinya, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang menghadiri Rumah Terbuka anjuran Parti Demokratik Progresif (PDP) di Dewan Suarah, Bintulu dengan anggaran 15,000 tetamu hadir memeriahkan majlis berkenaan.

Ketibaan beliau di majlis itu sekitar 11:40 pagi disambut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dan isterinya, Datin Seri Hew Mui Lan.

Pada majlis itu, Abang Johari turut menyaksikan persembahan tarian singa dan kemudiannya menyertai upacara menggaul Yee Sang dan memotong kek sebelum menjamu selera bersama tetamu.

Usai majlis di Dewan Suarah, Abang Johari meneruskan kunjungan rumah terbuka di Dinner World, anjuran Pusat Khidmat Tanjung Batu dan Persatuan Foochow Bintulu.

Majlis itu menyaksikan kehadiran lebih 5,000 pengunjung dari segenap lapisan masyarakat.

Hadir sama, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin dan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk John Sikie Tayai.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama Datuk Seri Tiong King Sing dan tetamu kenamaan yang lain pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Bintulu, hari ini. Hafeezzur Muzamir (TVS).

Sejurus selepas selesai menghadiri Rumah Terbuka, beliau bersama rombongannya bertolak ke Singapura untuk menyertai lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Abang Johari dijangka akan kembali ke Bintulu pada Isnin bagi menghadiri Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-10 Pelabuhan Perindustrian Samalaju dan kemudiannya melakukan lawatan ke Loji Metanol Petchem pada keesokan paginya sebelum berangkat pulang ke Kuching. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan