Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Majlis Perbandaran Sibu (MPS) pada hari ini. Foto: TVS

Perolehan Sarawak memberangsangkan, meningkat dua kali ganda

SIBU, 28 Jan: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini mengumumkan perolehan Sarawak meningkat kepada dua kali ganda sepanjang tempoh empat tahun ini.

Enggan mendedahkan angka positif terbabit, beliau yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru menyifatkan Sarawak merupakan sebuah negeri yang sangat bertuah susulan berjaya mencatatkan pendapatan yang amat memberangsangkan.

“Saya akan mengumumkan perkara ini secara rasmi pada minggu hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Majlis Perbandaran Sibu (MPS) di sini, hari ini.

Menurut beliau sebelum ini, hasil negeri dicatatkan kira-kira RM5 bilion hingga RM6 bilion setahun dan ia kemudian melonjak kepada sekitar RM10 bilion setiap tahun ekoran diyakininya berlaku menerusi kestabilan politik negeri ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menikmati juadah yee sang bersama tetamu kehormat yang lain pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Majlis Perbandaran Sibu (MPS) pada hari ini. Foto: TVS

Berkongsi lanjut menurut Abang Johari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa lawatannya ke Sarawak pada 19 Januari lalu telah mengiktiraf Sarawak sebagai penanda aras sekiranya orang luar mahu melihat masyarakat yang progresif dan bersatu, ia ada di sini.

Jelasnya Perdana Menteri berkata bahawa Sarawak adalah negeri terkuat di Malaysia dari segi kewangan dan juga dari segi dasar ekonomi sambil Anwar turut mengakui bahawa Sarawak sedang melakarkan ekonomi baharu berdasarkan pendigitalan dan tenaga hijau.

“(Perdana Menteri) Beliau juga sempat bertanya kepada saya di dalam kereta, bagaimana melakukan semua ini dan saya berkata kerana kita mempunyai kerajaan yang stabil”.

“Kestabilan itu membuatkan pemimpin boleh meneroka idea baharu untuk membangunkan Sarawak. Oleh itu, beliau berkata semasa makan malam pada malam tersebut, penting bagi Malaysia untuk mempunyai kerajaan yang sangat stabil,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan