Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pasukan siasatan khas dari Bukit Aman ditubuh, siasat kes lapan polis yang ditahan

KOTA KINABALU, 28 Jan: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tubuh pasukan siasatan khas dari Bukit Aman bagi menyiasat kes membabitkan penahanan lapan pegawai dan anggota polis di Tawau.

Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Idris Abdullah dalam kenyataan berkata, tiada kenyataan terperinci mengenai kes berkenaan susulan masih terlalu awal dan dikhuatiri boleh mengganggu siasatan.

Menurutnya, PDRM Sabah mengesahkan berita berkaitan penangkapan pegawai dan anggota polis berkenaan yang dipercayai boleh membantu siasatan.

“Seramai lapan orang ditahan yang terdiri daripada empat pegawai kanan polis dan empat pegawai rendah polis,” katanya.

Jelasnya, kesemua tangkapan ditahan dan direman berkuatkuasa tujuh hari.

“Pihak media dipohon agar tidak membuat sebarang spekulasi mengaitkan tentang isu keselamatan dan kes ini lebih bersifat peribadi,” katanya lagi.

Idris berkata, kes itu masih diperingkat siasatan dan sidang media lanjut akan dibuat setelah siasatan dilengkapkan.

Terdahulu, sebuah portal media melaporkan, enam individu terdiri daripada pegawai kanan polis berpangkat Senior Asisten Komisoner telah ditahan.

Kesemua mereka ditahan oleh Bahagian siasatan Jenayah Khas (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki di daerah Tawau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan