Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman Ismail bersama Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan ketika melawat mangsa kebakaran Rumah Panjang Bujang Rantau Kiran. Foto: TVS

Nasib mangsa kebakaran Rumah Panjang Bujang Rantau Kiran dapat perhatian pemimpin

LIMBANG, 28 Jan: Hilang tempat berteduh dalam sekelip mata nasib mangsa kebakaran Rumah Panjang Bujang Rantau Kiran mendapat perhatian para pemimpin di negeri ini.

Antaranya bagi meringankan beban penduduk terlibat, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi Dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) Datuk Dr Abdul Rahman Ismail menyantuni mangsa untuk menyalurkan bantuan awal berjumlah hampir RM25,000.

Menurut Dr Abdul Rahman daripada jumlah berkenaan, kira-kira RM5,000 akan diagihkan kepada rumah panjang terbabit untuk bantuan bahan binaan termasuk papan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu mendedahkan selain itu bantuan juga merangkumi sumbangan 39 bakul makanan kepada 39 pintu yang terjejas dalam kebakaran terbabit serta bantuan tunai sebanyak RM300 setiap pintu.

“Walaupun rumah panjang ini tidak berada di dalam kawasan DUN Bukit Kota, kita bersama-sama membantu mangsa,” ujarnya bantuan diperuntukkan menerusi tiga bahagian dari Pusat Khidmat Bukit Kota.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS selepas melawat mangsa kebakaran Rumah Panjang Bujang, Rantau Kiran di Limbang hari ini.

Datuk Dr Abdul Rahman Ismail (dua dari kanan) bersama Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (tengah) ketika melawat mangsa kebakaran Rumah Panjang Bujang Rantau Kiran. Foto: TVS

Dalam pada itu, beliau menzahirkan simpati terhadap musibah yang menimpa penghuni rumah panjang berkenaan.

“Kita berharap penduduk bersabar dengan kejadian ini dan berusaha untuk membangunkan semula kehidupan mereka,” katanya lagi.

Terdahulu, pada Rabu, seramai 226 penghuni rumah panjang berkenaan tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka ranap dalam kebakaran yang berlaku jam 6.48 pagi.

Bagaimanapun tiada kehilangan nyawa dilaporkan dalam kejadian yang memusnahkan 80 peratus rumah panjang yang mempunyai 39 pintu terbabit.

Lawatan Dr Abdul Rahman turut disertai Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Hasbi Habibollah, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Residen Limbang Yunus Tambi dan wakil Pegawai Daerah Limbang Hamidah Halpi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan