Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beregu wanita negara Pearly Tan-M.Thinaah beraksi di Indonesia Masters 2023. Foto: David Andreas (TVS).

Masters Indonesia: Pearly-Thinaah tersingkir di separuh akhir

JAKARTA, 28 Jan: Malaysia akur rentak beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah tewas kepada pasangan Jepun Yuki Fukushima-Sayaka Hirota di Masters Indonesia, Jakarta pada Sabtu.

Kekecewaan membelenggu beregu juga satu–satunya wakil tunggal negara kerana hanya memperoleh 14-21, 19-21 dalam tempoh 50 minit dalam aksi di Stadium Istora Senayan hari ini.

Pearly-Thinaah yang merupakan rangking keenam dunia ditundukkan oleh pasangan Jepun  yang menghuni kedudukan ke-11.

Kalah pada set pertama dengan beberapa kesilapan, keduanya berupaya kembalikan rentak pada set kedua serta sempat memimpin dan memberi ruang dalam perlawanan namun harus mengakui kebolehan gandingan Jepun.

Menurut Pearly, masing-masing mereka telah mengeluarkan ‘game plan’ namun banyak kesalahan yang dibuat.

“Mereka lagi sabar daripada kami, kami agak tergesa-gesa untuk buat mata, malah kami buat banyak kesilapan,” katanya ditemui TVS di sini, hari ini.

Pada perlawanan itu, Pearly turut mengalami kecederaan pada set kedua, mengakibatkan keadaan itu memaksa gandingan Jepun menguasai permainan hingga set kedua berakhir. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan