Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek tertarik melihat rekaan kenderaan masa depan oleh murid Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua No 5, Aldrick Lim, 12, ketika melawat pameran di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kawa hari ini. Foto: Bernama.

KPM isi 50 peratus kekurangan guru di Sarawak menjelang Mac

KUCHING, 28 Jan: Kementerian Pendidikan (KPM) akan cuba mengisi 50 peratus daripada anggaran jumlah 3,000 kekurangan guru di Sarawak menjelang Mac depan.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata usaha itu merupakan langkah awal pihaknya bagi menyelesaikan isu kekurangan guru di Sarawak.

Beliau juga yakin penyelesaian mampu dicapai walaupun dasar nisbah 90:10 guru Sarawak dan guru bukan dari Sarawak masih digunakan di negeri itu.

“Akan ada penempatan baharu (guru) menjelang Mac dan kami akan cuba selesaikan dalam 50 peratus dahulu kerana isu penempatan guru ini bukan sahaja berlaku di Sarawak tetapi negeri-negeri lain yang harus kami selesaikan juga.

“Penempatan guru juga ada kitaran, ada juga guru yang mohon untuk pulang ke negeri asal dan kami perlu bawa guru baharu untuk gantikan,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan  (SMK) Batu Kawa di sini, hari ini.

Fadhlina berkata selain isu kekurangan guru, isu fasiliti termasuk membaik pulih sekolah daif menjadi agenda utama KPM di Sarawak.

Pada 26 Jan lepas, Fadhlina berkata usaha membaik pulih 568 sekolah daif di seluruh Sarawak menjadi antara perhatian utama kerajaan Persekutuan dalam Belanjawan 2023 pada 24 Feb ini.

Katanya KPM telah mengenal pasti sebanyak 455 sekolah daif dalam skala enam dan 113 sekolah daif dalam skala tujuh.

Skala enam dan tujuh dalam penilaian infrastruktur sekolah itu merujuk kepada keadaan bangunan yang bahaya serta tidak selamat digunakan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan