Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Ripin Lamat menerima cenderamata dari Mohd Zaib Mat Yunus (Timbalan Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia). Foto: TVS

Komuniti koperasi Sarawak diseru sertai industri minyak dan gas

MIRI, 28 Jan: Komuniti koperasi di Sarawak diseru untuk merebut peluang perniagaan dan melibatkan diri di dalam industri minyak dan gas.

Cadangan Timbalan Menteri Belia, Sukan Dan Usahawan (Pembangunan Usahawan), Dr Ripin Lamat itu agar peluang usahawan koperasi juga terbuka luas di dalam industri berkaitan sekali gus membuka peluang pekerjaan kepda golongan belia.

Menurutnya, penglibatan gandingan komuniti koperasi yang pelbagai juga akan membentuk satu entiti koperasi bersama agar mendapat perhatian  pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

“Mungkin ada dalam kalangan hadirin yang mempunyai pengetahuan di dalam bidang perniagaan ataupun minyak dan gas. Mereka ini boleh bergabung membentuk satu koperasi yang akan melibatkan diri bersama-sama di dalam industri minyak dan gas di Sarawak ini.

“Pada masa yang sama, koperasi ini akan menjanakan pendapatan yang lebih kepada semua ahli dan keluarga. Ini sudah pasti akan memberi peluang pekerjaan kepada golongan belia kita yang sekarang ini yang mengalami dilema dalam peluang pekerjaan apabila kita menghadapi pandemik Covid-19 hampir dua tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Program Turun Padang Ke Arah Memasyarakatkan Koperasi (MASKOP) 2023 di Hotel Pullman hari ini.

Tambahan beliau lagi, Industri Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Sarawak di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (KUSKOP) komited memastikan gerakan koperasi di Malaysia tidak ketinggalan dan menguasai kemahiran tadbir urus koperasi.

“Kewujudan IKMa di Miri dan cawangan yang baru akan mendekatkan lagi sekali gus memudahkan lagi para usahawan koperasi dan individu di dalam mendapatkan peluang-peluang perniagaan, bantuan keusahawanan dan maklumat pengurusan pentadbiran koperasi. Ia membuatkan para usahawan lebih berdaya saing dan boleh memacu ke arah yang lebih baik pada masa akan datang,” jelasnya.

Setakat ini di Malaysia secara keseluruhannya, terdapat 14,657 buah koperasi dengan 162 buah koperasi besar dan keanggotaan seramai 7.04 juta orang termasuk di Sarawak iaitu 1,109 buah koperasi dengan 15 buah koperasi besar dan keanggotaan seramai 297,332 orang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan