Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Bernama.

Isu import, sekuriti makanan antara fokus Belanjawan 2023 – PM

ByBernama

KUALA LUMPUR, 28 Jan: Nilai import makanan yang tinggi dan isu sekuriti makanan merupakan antara perkara yang diberi tumpuan dalam Belanjawan 2023, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata ia akan turut menumpukan dalam memperkasa peranan syarikat besar dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di negara ini.

“Ia (syarikat-syarikat besar dan IKS) perlu tumpu dan diberi ruang tingkatkan teknologi dan digitalisasi supaya mampu bersaing dan memberi lebih banyak peluang pekerjaan,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook dan Presiden ACCCIM Tan Sri Low Kian Chuan.

Sementara itu Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pasukannya akan turut meneliti isu alam sekitar dan dasar-dasar ekonomi lebih jelas dan segar serta memberi manfaat kepada semua pihak.

“Melihat kepada kedudukan semasa, pasca-COVID-19, kemelesetan ekonomi di Eropah, kesan perang Ukraine-Rusia yang menuntut kita untuk lebih berani memperkenalkan dasar-dasar yang boleh memberi manfaat kepada semua,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata semua cadangan yang dikemukakan oleh pihak-pihak berkepentingan termasuk ACCCIM akan diteliti dan diberi perhatian bagi membantu pembentangan belanjawan berkenaan.

“Memorandum (dari ACCCIM) yang cukup tebal, banyak isu dibangkitkan. Tetapi membantu kita sebenarnya, dalam dialog yang diadakan baru-baru ini juga kita ambil kira beberapa pandangan dan insya-Allah dalam pembentangan Belanjawan (2023) hal ini akan diberi perhatian, ” katanya.

Anwar dijangka membentangkan Belanjawan 2023 di Parlimen pada 24 Feb. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan