Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto: Envato.

Bayi tiga bulan meninggal dunia di taska

ByBernama

KUALA LUMPUR, 28 Jan: Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan meninggal dunia ketika dalam jagaan pengasuhnya di sebuah taska di Bandar Baru Bangi, dekat sini tengah hari Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Zaid Hassan berkata pihaknya, menerima penggilan mengenai kejadian berkenaan daripada seorang jururawat hospital swasta di Bandar Baru Bangi pada pukul 12.10 tengah hari semalam.

Beliau berkata pekerja taska itu telah membawa bayi berkenaan yang tidak sedarkan diri dan tidak memberi sebarang tindak balas terhadap rawatan kecemasan telah diberikan, bayi itu kemudian disahkan meninggal dunia.

“Siasatan awal polis mendapati bayi itu dihantar oleh ibunya pada 7.15 pagi dalam keadaan sihat ke sebuah taska di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, pada kira-kira pukul 10.30 pagi bayi berkenaan ditemukan tidak sedarkan diri oleh pihak pengasuh.

“Pemeriksaan pada tubuh bayi tersebut tidak menemui sebarang kecederaan, mayat bayi itu kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk dibedah siasat.

Mohd Zaid berkata semakan mendapati taska itu telah beroperasi sejak tahun 2014 mempunyai lesen yang sah dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor.

Beliau berkata hasil siasatan di tempat kejadian juga mendapati tiada sebarang unsur kekerasan yang berlaku, tetapi disyaki terdapat unsur kecuaian menyebabkan kematian pada bayi itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan