Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Muhammad Azeem Mohd Fahmi menampilkan permulaan baik di Amerika Syarikat, dengan memecahkan rekod kebangsaan acara pecut 60 meter (m) lelaki dalam dewan pada kejohanan 2023 Texas Tech Open, pagi tadi. Foto: auburntfxc (Instagram)

Azeem pecah rekod 24 tahun Watson Nyambek

ByBernama

KUALA LUMPUR, 28 Jan: Muhammad Azeem Mohd Fahmi menampilkan permulaan baik di Amerika Syarikat, dengan memecahkan rekod kebangsaan acara pecut 60 meter (m) lelaki dalam dewan pada kejohanan 2023 Texas Tech Open, pagi tadi.

Atlet berusia 18 tahun yang membuat debut bagi acara dalam dewan mewakili Universiti Auburn, berjaya mencatat 6.63 saat (s) pada peringkat separuh akhir untuk menamatkan saingan di tempat ketiga, sekali gus memecahkan rekod kebangsaan berusia hampir 24 tahun.

Rekod kebangsaan sebelum ini dipegang pemenang pingat perak Kejohanan Asia 1998, Watson Nyambek yang mencatat 6.66s pada Kejohanan Dunia 1999 di Maebashi, Jepun.

Muhammad Azeem kemudian terus konsisten pada final dengan larian 6.65s, untuk meraih tempat kedua, manakala Micah Williams (6.49s) mewakili Universiti Oregon dan Rodney Heath Jr. (6.67s) dari Louisiana Tech University masing-masing menamatkan saingan di tempat pertama dan ketiga.

Terdahulu pada pusingan kelayakan, Muhammad Azeem merekodkan 6.72s untuk menduduki kedudukan kelima terpantas pusingan berkenaan.

Muhammad Azeem, yang juga pemegang rekod kebangsaan acara 100m dengan catatan 10.09s, tiba di Universiti Auburn di Alabama pada 4 Jan, untuk melanjutkan pelajaran sambil menjalani latihan di sana. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan