Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Aksi pemain Sarawak United ketika Liga Super tahun lalu. Foto: Bernama.

Sarawak United ‘gergasi bola’, tidak sepatutnya beraksi di Liga M3

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 27 Jan: Kegagalan Sarawak United memperkukuhkan kedudukan untuk beraksi dalam saingan tertinggi Liga Malaysia adalah situasi yang mendukacitakan, kata bekas Ketua Jurulatih Sarawak United FC B. Sathianathan.

Tegas Sathia, Liga Bolasepak Amatur (AFL) Liga M3 bukan landasan untuk sesebuah pasukan yang pernah mecipta nama besar di arena bola sepak negara.

“Saya harap pasukan Sarawak United yang akan beraksi dalam liga M3 selepas ini memberi peluang kepada pemain muda dan berusaha bangkit menjadi johan memandangkan pasukan Sarawak tidak boleh berada dalam Liga M3.”

“Pasukan itu sepatutnya bermain untuk Liga Super,” katanya ketika dihubungi TVS pada Sabtu.

Justeru katanya pihak pengurusan diminta untuk memperbaiki kekurangan sedia ada agar sekali lagi akan tampil sebagai sebuah pasukan yang lebih mantap dan digeruni semula pada masa hadapan.

“Lebih-lebih lagi dalam memperkasakan pengurusan kewangan yang lebih telus,” ujarnya.

Terdahulu Pasukan Sarawak United FC telah disingkirkan dari saingan Liga Super pada musim 2023 berikutan tidak mendapat Lesen Kebangsaan.

Keadaan terbabit memaksa pasukan bola sepak yang diberi julukan ‘ngap sayot’ itu menyertai Liga Bolasepak Amatur bagi meneruskan serta menyelamatkan pasukan itu daripada terus terkubur buat selama-lamanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan