Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lelaki ulangi tabiat lama jadi 'tahi dadah' ditahan bersama 6.10 gram syabu. Foto: BSJND IPD Sibu.

Lelaki gian syabu ulangi kesalahan lampau, ditahan

SIBU, 27 Jan: Seorang lelaki dipercayai ‘tahi dadah’ ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Lorong Teku di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata suspek berusia 34 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu dalam Op Tapis di lokasi kejadian pada jam 3.30 petang.

Menurutnya, suspek merupakan rakyat tempatan didapati memiliki rekod jenayah lampau berkaitan penyalahgunaan dadah.

“Hasil pemeriksaan pihak polis menjumpai enam paket plastik lutsinar berisi ketulan dadah jenis Methamphetamine dengan anggaran berat 6.10 gram dengan nilai sekitar RM600 ,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Zulkifli memberitahu ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

“Suspek ditahan bersama barang rampas di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama,” ujarnya.

Zulkipli berkata, Sekysen 39(1)(a) ADB memperuntukkan jika sabit kesalahan pesalah dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan manakala Seksyen 15(1) mengenakan denda tidak lebih RM5,000 dan penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali serta pengawasan selama dua tahun di bawah Seksyen 38B (ADB) 1952. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan