Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Profesor Dr Wan Hashim ketika merasmikan pameran SAK'ART bersama Raden Sigit Witjaksono (kiri) dan Prof. Madya Dr. Musdi serta Pengarah Pameran SAK'ART Nurul Syazliana Safaren di Kota Samarahan, hari ini. Foto: TVS.

Lawatan PM Anwar ke Indonesia, Brunei bawa manfaat kepada tiga negara 

KOTA SAMARAHAN, 27 Jan: Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Indonesia dan Brunei baru-baru ini memanfaatkan tiga negara di Borneo dalam pelbagai bidang, kata Konsul Jeneral Indonesia di Kuching Raden Sigit Witjaksono.

Menurutnya, lawatan Perdana Menteri ke Indonesia pada 8 Januari dan Brunei pada 24 Januari lalu sangat baik dalam mengeratkan hubungan dua hala.

“Kita harus mengingati di Pulau Borneo ini kita mempunyai tiga negara iaitu Indonesia (Kalimantan), Malaysia (Sarawak dan Sabah) dan Brunei.

“Selepas lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, jaringan kerjasama antara tiga negara itu sudah pasti memberi pelbagai manfaat dari sudut ekonomi, sosial dan kebudayaan tiga negara,” katanya.

Raden Sigit berkata demikian ketika ditemui pada Pameran Sarawak Kalimantan (SAK’ART) anjuran pelajar program Pengurusan Seni Fakulti Seni Gunaan dan Krearif (FSGK) di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini, hari ini.

Antara hadir Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Profesor Dr. Wan Hashim Wan Ibrahim, Dekan FSGK Profesor Madya Dr. Musdi Shanat, Pengurus Saradise Gallery Luna Yeo, Koordinator Pameran SAK’ART Badrolhisham Mohamad Tahir dan pelukis dari Kalimantan Barat dan Sarawak.

Mengulas mengenai usaha pelajar dalam menganjurkan pameran bertaraf antarabangsa, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Profesor Dr. Wan Hashim Wan Ibrahim memuji usaha dilakukan 87 pelajar program Pengurusan Seni dari FSGK.

Tambahnya lagi, UNIMAS sentiasa menyokong aktiviti pelajar serta mempunyai perancangan strategik dalam memastikan universiti bergerak ke hadapan.

“Kita (UNIMAS) sentiasa menyokong usaha pelajar untuk memperluaskan lagi ruang minda berfikir pelajar melalui program yang diadakan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan