Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beting Patinggi Ali terletak di kedudukan 84 batu nautika dari pantai Miri, spesifiknya di Tanjung Baram, Sarawak. Foto: Twitter Bernama

Beting Patinggi Ali milik Malaysia, tidak iktiraf sebarang tuntutan – MINDEF

ByBernama

KUALA LUMPUR, 27 Jan: Kementerian Pertahanan (MINDEF) menjelaskan bahawa Beting Patinggi Ali adalah milik Malaysia dan tidak pernah mengiktiraf sebarang tuntutan daripada mana-mana pihak lain memandangkan ia di dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia.

MINDEF dalam kenyataan hari ini memaklumkan dari sudut geografi, Beting Patinggi Ali terletak di kedudukan 84 batu nautika (155 km) dari pantai Miri (spesifiknya di Tanjung Baram), Sarawak dan dalam kawasan perairan ZEE Malaysia.

“Kedaulatan negara akan terus dipelihara dan sentiasa menjadi keutamaan MINDEF dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” menurut kenyataan itu bagi menjelaskan laporan media pada 25 Jan lepas mengenai tuntutan kawasan Beting Patinggi Ali, Sarawak.

Pada Rabu lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan bahawa ATM mempunyai aset yang mencukupi untuk memantau kawasan pertikaian di sekitar Beting Patinggi Ali.

Beliau dilapor berkata langkah berkenaan diambil adalah untuk memantau kehadiran kapal pengawal pantai China dan penting untuk negara meletakkan aset ketenteraan di kawasan pertindihan itu bagi mengelakkan ia dianggap dimiliki negara lain.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan bahawa kapal peronda kelas – Kedah milik Tentera Laut Diraja Malaysia, KD Kelantan berada di perairan sekitar Beting Patinggi Ali untuk memantau kehadiran kapal pengawal pantai China di perairan Malaysia yang kaya dengan sumber minyak dan gas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan