Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Datuk Pkharuddin Ghazali. Foto: Aziz Soleh

Autonomi Pendidikan kepada negeri tidak diberikan secara menyeluruh

ByFebbright James

MIRI, 27 Jan: Autonomi Pendidikan yang diberikan di peringkat negeri bukanlah bersifat menyeluruh, kata Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Datuk Pkharuddin Ghazali.

Katanya, autonomi diberikan di peringkat negeri adalah untuk memastikan keputusan tertentu boleh dibuat dengan lebih strategik dan seterusnya memberi impak yang baik kepada sistem pendidikan di sesebuah negeri.

“Di peringkat kepimpinan sekarang, kita (KPM) mahu perkara yang boleh diselesaikan di peringkat negeri boleh dibawa kepada pengarah negeri tanpa dibawa ke peringkat pusat.

“Hal ini demikian kerana sesetengah keputusan yang dibuat oleh pengarah negeri lebih strategik kerana mereka lebih memahami situasi di negeri tersebut,” katanya kepada TVS.

Terdahulu, beliau menyertai lawatan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di dua buah sekolah rendah di sini.

Mengulas lanjut, Pkharuddin berkata, ‘kuasa’ yang diberikan tidak boleh dianggap sebagai autonomi penuh kerana pemantauan masih di peringkat pusat.

Ditanya tentang urusan pentadbiran pentadbiran ketika ini, beliau berkata, setakat ini urusan berkaitan berjalan lancar dan sistem pendidikan lebih teratur.

“Misalnya pada musim banjir, pengarah negeri akan mengambil tindakan segera dengan mengaktifkan operasi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau tindakan yang perlu.

“Hal ini demikian kerana mereka lebih tahu apa yang harus dilakukan. Jadi inilah maksud autonomi di peringkat negeri,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan