Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar arkib keadaan banjir di Kampung Bedaun, Kuching pada 23 Dis 2022. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Amaran banjir kilat dalam tempoh 12 jam dikeluarkan bagi enam negeri

KUALA LUMPUR, 27 Jan: Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), hari ini mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 12 jam di enam negeri di seluruh negara.

Di Perak, kawasan berisiko terjejas ialah daerah Kerian (Mukim Gunong Semanggol, Mukim Beriah serta kawasan sekitarnya) manakala Pahang melibatkan daerah Kuantan (Mukim Sungai Karang serta kawasan sekitarnya).

Di Terengganu, daerah yang berisiko banjir kilat ialah Kuala Terengganu (Mukim Cenering, Mukim Batu Buruk, Mukim Kuala Terengganu serta kawasan sekitarnya) dan daerah Marang (Mukim Bukit Payung serta kawasan sekitarnya), manakala di Kelantan melibatkan daerah Kota Bharu (Mukim Padang Raja, Mukim Tiong, Mukim Tok Ku serta kawasan sekitarnya).

Di Sarawak, membabitkan tiga daerah iaitu Kuching, Samarahan dan Miri, manakala di Sabah melibatkan daerah Tuaran di Pekan Tenghilan, Kampung Berungis serta kawasan sekitarnya.

Menurut kenyataan JPS, notis yang dikeluarkan pada pukul 5 petang tadi itu adalah berdasarkan makluman ramalan hujan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS, bahawa terdapat risiko banjir kilat di beberapa lokasi di negeri terbabit jika berlaku hujan lebat atau ribut petir yang signifikan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan