Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof bersalaman dengan warga Kementerian Perladangan dan Komoditi pada Majlis Amanat Tahun Baharu kementerian berkenaan di Putrajaya, hari ini. Foto: Pejabat TPM

Sasar RM35 bilion nilai eksport sektor agrikomoditi bagi KPI 100 hari – Fadillah

ByBernama

PUTRAJAYA, 26 Jan: Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi 100 hari untuk memperkukuh nilai eksport sektor agrikomoditi dengan sasaran RM35 bilion, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata perkara itu diputuskan susulan sesi pemukiman Jemaah Menteri baru-baru ini dengan semua kementerian diarah menyediakan KPI jangka pendek 100 hari, sederhana (dua tahun) dan panjang (lima tahun).

Aspek lain KPI tersebut adalah meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat dalam sektor agrikomoditi dengan sasaran 55,000 tan jualan buah tanda segar (BTS) oleh pekebun kecil sawit menerusi Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM).

“Sasaran lain adalah membangunkan 2,000 tenaga kerja mahir dalam sektor agrikomoditi serta memodenkan pengurusan sektor agrikomoditi dengan sasaran pengkomersialan enam projek penyelidikan dan pembangunan (R&D).

“Fokus utama KPI jangka pendek ini termasuk penguatkuasaan pelesenan tembakau dan produk berasaskannya dengan mendaftar serta melesenkan 15,000 premis secara dalam talian,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Amanat Tahun Baru KPK di sini, hari ini.

Mengulas selanjutnya, Fadillah berkata kementerian itu akan turut meningkatkan akses pasaran agrikomoditi tempatan ke peringkat antarabangsa, selain memperkasa penyampaian perkhidmatan sektor agrikomoditi berintensifkan teknologi digital dengan mencapai peratusan perkhidmatan dalam talian secara ‘end-to-end’ atau menyeluruh (E2E) kepada 98.5 peratus.

Beliau berkata KPK juga telah merangka inisiatif Belanjawan 2023 untuk dilaksanakan bagi menyokong pencapaian terbabit. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan