Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelakon terkenal kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh. Foto: Reuters

Michelle Yeoh, pelakon Malaysia pertama dicalonkan ke Oscar

ByAmirah Shawel

KUCHING, 25 Jan: Bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh memulakan tahun baharunya dengan langkah kanan apabila muncul sebagai pelakon wanita Asia pertama dicalonkan untuk trofi Pelakon Wanita Terbaik bagi Anugerah Oscar ke-95.

Yeoh, 61, melangkah satu tapak untuk mengungguli trofi berkenaan menerusi lakonan beliau dalam filem ‘Everything Everywhere All At Once’ yang memegang watak sebagai imigran Cina bernama Evelyn Quan Wang.

Lakonan anak jati Ipoh, Perak itu juga melayakkannya berjaya meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/ Komedi pada Anugerah Golden Globe yang lalu.

Pelakon terkenal kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh. Foto: Reuters

Menurutnya, pengiktirafan kepada watak yang dipegang dalam filem tersebut merupakan anugerah paling berharga yang diperoleh sepanjang bergelar anak seni selama 40 tahun.

“Saya terharu dan sangat gembira. Setiap individu yang telah bekerja keras bagi menjayakan filem ini dan kami sangat berterima kasih kepada pihak Akademi yang telah mengiktiraf keluarga Everything Everywhere All At Once,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial Instagram beliau baru-baru ini.

Yeoh turut merakamkan penghargaan kepada kedua-dua pengarah filem itu iaitu Daniel Kwan dan Daniel Scheinert yang telah memberi kepercayaan kepada beliau untuk memegang watak sebagai Evelyn Wang.

Antara pelakon lain yang turut dicalonkan dalam kategori sama ialah Andrea RIseborough menerusi filem To Leslie, Michelle Williams (The Fabelmans), Cate Blanchett (Tar) dan Ana de Armas (Blonde).

Filem ‘Everything Everywhere All At Once’ juga telah tersenarai dalam 11 kategori lain termasuk Pengarah Terbaik, Suntingan Filem Terbaik, Kostum Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan