Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Meteorologi Sarawak menasihatkan orang ramai berwaspada dan terus peka terhadap keadaan cuaca walaupun amaran hujan lebat telah ditamatkan beberapa hari lalu. Foto: Bernama.

METMalaysia Sarawak nasihat penduduk kekal waspada, peka amaran cuaca

BySalasiah Safian

KUCHING, 25 Jan: Jabatan Meteorologi Sarawak menasihatkan orang ramai berwaspada dan terus peka terhadap keadaan cuaca walaupun amaran hujan lebat telah ditamatkan beberapa hari lalu.

Peringatan Pengarahnya, Khairul Najib Ibrahim itu susulan Sarawak kini masih lagi di bawah risiko menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL).

Justeru itu, katanya orang ramai harus sentiasa berwaspada dan peka terhadap sebarang perubahan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh METMalaysia.

“Masyarakat hendaklah sentiasa mendengar arahan dari pihak berkuasa terutama apabila dikehendaki untuk berpindah berikutan risiko banjir”.

“Turut diingatkan amat penting bagi orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang berita yang tidak sahih,” katanya ketika dihubungi TVS di sini, hari ini.

Sementara itu, orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat terkini berkenaan cuaca, boleh melayari laman sesawang rasmi METMalaysia (www.met.gov.my), serta menghubungi hotline METMalaysia di 1-300-22-1638. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan