Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 2,912 orang setakat 12 tengah malam tadi. Foto: Bernama

Mersing jadi daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 2,912 orang

ByBernama

JOHOR BAHRU, 25 Jan: Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 2,912 orang setakat 12 tengah malam tadi berbanding 1,703 yang direkodkan pada 8 malam dengan Mersing menjadi daerah terbaharu terjejas bencana itu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan sebanyak 14 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) baharu dibuka, menjadikan jumlah keseluruhan PPS ialah 30 di daerah Kota Tinggi, Kluang, Mersing dan Segamat.

“Segamat terus menjadi daerah paling teruk terjejas banjir dengan 1,392 orang daripada 393 keluarga ditempatkan di 13 PPS diikuti Kluang dengan 785 orang daripada 223 keluarga ditempatkan di sembilan PPS,” menurut kenyataan itu.

Di Kota Tinggi, JPBN memaklumkan seramai 471 orang daripada 120 keluarga ditempatkan di enam PPS manakala di daerah Mersing terdapat dua PPS yang menempatkan 264 penduduk daripada 97 keluarga.

Kenyataan itu memaklumkan selain tiga laluan di Kota Tinggi, Jalan Senai-Gemas (FT001) dan Jalan Jabi-Bukit Tempurung, kedua-duanya di Segamat, turut ditutup kepada semua kenderaan.

Data Jabatan Pengairan dan Saliran pula menunjukkan empat sungai di Johor melepasi paras bahaya dengan trend menaik iaitu Sungai Muar (muara Sungai Gemas) berada di paras 19.12 meter, Sungai Lenik (Ladang Chaah) 7.34 meter, Sungai Segamat (Segamat Kecil) 37.9 meter dan Sungai Kahang (Kampung Contoh) 15.11 meter. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan