Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyertai Mesyuarat Pra Majlis bersama Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim di Brunei hari ini. Foto Jabatan Premier Sarawak.

Sektor pertanian, produk halal, minyak dan gas Sarawak dengan Brunei ditingkatkan

ByFebbright James

BANDAR SERI BEGAWAN, (BRUNEI), 24 Jan: Sarawak berhasrat untuk merancakkan sektor pertanian serta kepelbagaian industrinya dengan Brunei.

Menurut kenyataan Kerajaan Sarawak yang dikeluarkan melalui Pejabat Premier Sarawak, bidang pertanian yang akan diberi tumpuan membabitkan tanaman padi, ternakan dan perikanan.

Sarawak juga berkeyakinan kerjasama sektor berkenaan dengan Brunei dapat dilaksanakan dengan memanfaatkan kapasitinya sebagai hab pengeluaran dan pemprosesan, ketersambungan dan jenama Halal Brunei untuk pasaran Timur Tengah.

“Sarawak menjemput pelaburan dari Brunei untuk aktiviti pembuatan dalam industri berteknologi tinggi di Kuching, aktiviti berkaitan produk halal di Tanjung Manis, industri minyak dan gas di Bintulu dan Lawas serta industri berat di Samalaju.

“Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) mengalu-alukan pelaburan untuk membangunkan aktiviti hiliran minyak dan gas,” kata kenyataan itu, hari ini.

Kenyataan ini menyusul selepas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Mesyuarat Pra Majlis sempena lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Brunei bermula hari ini.

Abang Johari tiba pukul 12 tengah hari tadi di Brunei untuk lawatan kerja selama dua hari.

Malam ini Abang Johari menghadiri majlis makan malam dan lawatan ke Suruhanjaya Tinggi Malaysia bertempat di High Commission of Malaysia, Jalan Kebangsaan, Bandar Seri Begawan bersama Anwar.

Esok pula Abang Johari dijadualkan menghadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman.

Seterusnya, Abang Johari akan menyertai Majlis Santapan Rasmi di Baitur Rahmah, Istana Nurul Iman dan berangkat pulang  ke Miri, Sarawak pada pukul 5 petang.

Sementara itu, Jabatan Premier Sarawak berkata, negeri ini turut terbuka dalam Pembangunan Sempadan Bersama di sepanjang lebuh raya untuk harta komersial dan taman perindustrian dan serta mempromosikan produk tempatan secara global.

“Sarawak sedang membangunkan perhubungan infrastruktur di wilayah utaranya dan akan disepadukan dengan rangkaian jalan raya Brunei.

“Sarawak bercadang untuk membina jalan baharu dari Lumapas (Brunei) ke Pendam (Limbang), yang akan disepadukan dengan Lebuhraya Pantai Utara (NCH),” jelas kenyataan itu lagi.

Seterusnya Sarawak turut menawarkan untuk menjual air mentah dan terawat kepada Brunei untuk industri, pertanian dan kegunaan domestik. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan