Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Buaya yang timbul di permukaan air berhampiran rumah Zainol di Kampung Semariang Batu, Kuching. Foto: Zainol Ariffin

Sang bedal muncul ‘sangat dekat’ dengan rumah

KUCHING, 24 Jan: Disangkakan benda jatuh, rupa-rupanya bunyi yang agak nyaring kedengaran dari sungai berhampiran rumah, datang daripada seekor buaya.

Demikian diceritakan seorang penduduk Kampung Semariang Batu, Zainol Ariffin, 26, yang terkejut dengan bunyi bising ketika dia berehat di dalam rumah.

Setelah terdengar bunyi seolah-olah benda jatuh ke dalam sungai, dia membuka pintu rumah dan ternampak buaya dianggarkan berukuran kira-kira empat meter panjang di dalam Sungei Manok.

Rumahnya terletak kira-kira tiga meter dari lokasi buaya itu dilihat pada kira-kira jam 7:45 malam, Selasa.

“Kami selalu nampak buaya muncul di hujung sungai, tetapi tidak menyangka ia akan berada sedekat ini,” katanya ketika dihubungi TVS, malam ini.

Dia turut memuat naik rakaman video buaya berkenaan ke media sosial.

Menurutnya, buaya itu cuma kelihatan dalam tempoh lima minit.

“Mujur tidak ada apa-apa kejadian buruk berlaku. Tidak ada juga ternakan yang dibaham,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan