Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebelum Mesyuarat Pra Majlis sempena lawatan rasmi ke Brunei Darussalam di Bandar Seri Begawan, hari ini. Turut kelihatan, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor. Foto: Pejabat Premier Sarawak.

Premier Sarawak antara ahli rombongan Perdana Menteri ke Brunei

KUCHING, 24 Jan: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba di Brunei Darussalam kira-kira pada jam 12.00 tengah hari ini bagi mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan rasmi pertama ke negara itu.

Menurut kenyataan Pejabat Premier Sarawak, sejurus tiba di Bandar Seri Begawan, Abang Johari menghadiri Mesyuarat Pra Majlis yang berlangsung kira-kira dua jam, dipengerusikan oleh Anwar di sebuah hotel di Bandar Seri Begawan.

Mesyuarat telah memperhalusi perkara-perkara kerjasama dua hala yang akan dibawa untuk perbincangan ketika menghadap Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman pada Rabu.

Turut mengiringi Abang Johari ialah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Abu Bakar Marzuki serta beberapa kenamaan lain.

Malam ini, Abang Johari bersama Anwar akan menghadiri majlis jamuan makan malam bersama Diaspora Malaysia anjuran Kedutaan Besar Malaysia di Brunei. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan