Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Mohammad Ali. Foto: Bernama

Majlis rumah terbuka di luar bandar mampu beri impak luar biasa – Sulaiman

ByBernama

ALOR GAJAH, 24 Jan: Majlis Rumah Terbuka peringkat negeri yang diadakan di kawasan luar bandar mampu memberi impak luar biasa, malah menjadi platform kerajaan Melaka mewujudkan lebih banyak produk pelancongan sebagai persediaan penganjuran Tahun Melawat Melaka 2024.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Mohammad Ali berkata, selama tempoh setahun ini juga, ia secara tidak langsung memberi peluang semua agensi terlibat terutama Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) memperkemas kawasan pelancongan sedia ada.

“Sebagai contoh, buat julung kalinya sambutan (Rumah Terbuka) Tahun Baharu Cina peringkat negeri diadakan di luar bandar dengan memilih Machap Umboo sebagai tuan rumah dan melihat persiapan yang dilaksanakan, amat luar biasa.

“Dengan idea kontemporari daripada orang muda, kampung ini menjadi satu lagi tapak ‘OTD’ (of The Day) atau digelar OOTD (Outfit Of The Day) yang kini sangat terkenal dalam kalangan generasi muda untuk bergambar, secara tidak langsung menjadikannya satu daripada tarikan pelancongan di Melaka,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina peringkat negeri di Kampung Permai Machap Umboo di sini malam tadi.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Zaidi Johari, Timbalan Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Alor Gajah Adly Zahari serta Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Machap Jaya Ngwe Hee Sem.

Di samping itu katanya, limpahan pelancong luar ke Machap Umboo sejak seminggu lepas sememangnya memberi impak yang amat memberangsangkan dengan bukan sahaja meningkatkan bilangan pelancong ke Melaka, malah meningkatkan ekonomi penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri Machap Jaya.

Sulaiman berkata, kehadiran pemimpin tanpa mengira parti pada rumah terbuka perayaan juga mengeratkan perpaduan antara satu sama lain.

Pada sambutan malam tadi, lebih 5,000 pengunjung memeriahkan majlis tersebut yang bermula sekitar 7 malam meskipun hujan renyai.

Pengunjung dihiburkan dengan pelbagai persembahan moden dan tradisi termasuk tarian naga dan singa selain dihidangkan pelbagai makanan tradisional seperti nasi lemak, kuih nyonya, roti canai dan lempeng.

Kemuncak sambutan adalah pertunjukan bunga api yang berlangsung hampir 30 minit. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan