Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jacinda Ardern bercakap semasa penampilan terakhirnya sebagai Perdana Menteri New Zealand di Ratana Pa, New Zealand hari ini. Foto Reuters.

Jacinda Ardern buat penampilan terakhir sebagai Perdana Menteri

ByBernama

ANKARA, 24 Jan: Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern membuat penampilan di khalayak buat kali terakhir pada Selasa sebelum beliau berundur sebagai perdana menteri.

Beliau bersama penggantinya Chris Hipkins dan Ahli Parlimen yang lain menghadiri mesyuarat di Ratana di sebuah pulau di utara negara itu.

Baca artikel berkaitan: Chris Hipkins sah sebagai PM baharu New Zealand

“Saya ingin anda semua tahu apa yang menjadi pengalaman paling berharga buat saya sepanjang menjalankan tugas untuk negara dan rakyat adalah kasih sayang, empati dan kebaikan.

“Itulah nilai yang telah ditunjukkan oleh majoriti rakyat di New Zealand kepada saya dan saya ingin anda tahu bahawa saya meninggalkan tugas ini dengan penuh rasa sayang yang tidak terhingga untuk Aotearoa New Zealand dan penduduknya berbanding ketika saya bermula…

“Terima kasih yang tulus daripada hati saya  atas semua keistimewaan sepanjang hidup saya ini,” katanya dalam ucapan pada pertemuan itu, lapor Agensi Anadolu.

Pada minggu lalu Ardern membuat kejutan dengan mengumumkan peletakan jawatannya dan tidak akan bertanding semula pada pilihan raya akan datang.

Penggantinya Hipkins dijangka mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada Rabu, menurut media kerajaan.

Bagaimanapun, Ardern akan terus berkhidmat sebagai Ahli Parlimen sehingga April bagi mengelak pilihan raya kecil, memandangkan pilihan raya umum dijadualkan pada 14 Oktober 2023. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan