Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Indonesia memulakan program vaksinasi COVID-19 bagi dos penggalak kedua hari ini. Foto: David Andreas (TVS)

Indonesia mula beri dos penggalak kedua vaksin COVID-19, hari ini

JAKARTA, 24 Jan: Indonesia memulakan program vaksinasi COVID-19 bagi dos penggalak kedua untuk orang ramai di semua fasiliti kesihatan di sini, hari ini.

Vaksin dos penggalak kedua ini adalah usaha kerajaan untuk mempercepatkan vaksinasi di samping meningkatkan perlindungan rakyat Indonesia daripada COVID-19.

Sebelum ini, vaksin penggalak kedua hanya dikhususkan untuk pekerja kesihatan dan warga emas berusia 60 tahun ke atas sahaja.

Menurut Ketua Pusat Kesihatan Wilayah Kramat Jati Jakarta Timur, Dr. Inda Mutiara, minat orang ramai untuk mengambil vaksin penggalak kedua sangat tinggi, walaupun tiada lagi sekatan sosial dilakukan.

“Mulai hari ini, orang yang berumur 18 tahun ke atas telah menerima vaksin penggalak kedua, kita lihat orang ramai menunggu untuk diberikan vaksinasi penggalak walaupun tiada sekatan lagi dengan harapan agar pandemik Covid-19 dapat dikawal dengan vaksin ini serta negara boleh memasuki fasa endemik,” katanya kepada TVS.

Jenis vaksin yang boleh digunakan ialah vaksin COVID-19 yang telah mendapat Notis Kebenaran Penggunaan Kecemasan (EUA) daripada Badan Penyeliaan Makanan dan Dadah (BPOM).

Setakat ini, jumlah orang yang telah divaksin dengan dos pertama COVID-19 adalah 204,184,380 orang, dos kedua 175,010,804 orang, dos penggalak pertama 69,215,619 orang, dan yang menerima dos penggalak kedua adalah 1,234,896 daripada jumlah sasaran 234,666,020 orang.

Sementara itu, kes penularan COVID-19 di Indonesia semakin menurun walaupun sekatan sosial telah ditamatkan sejak awal tahun. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan