Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Enam lelaki diberkas polis ketika sedang leka bermain 'holo' di sebuah rumah di Taman Seniawan, Jalan Kuching - Bau, malam tadi. Foto: IPD Bau

Enam kaki judi ‘holo’ diberkas di Bau

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 24 Jan: Enam kaki judi diberkas polis ketika sedang leka bermain ‘holo’ di sebuah rumah di Taman Seniawan, Jalan Kuching – Bau di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan (DSP) Poge Nyaon berkata, kesemua suspek lelaki berusia 21 hingga 47 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau di bahagian luar kaki lima rumah berkenaan dalam Op Limau pada jam 10.45 malam.

“Pihak polis turut merampas peralatan yang digunakan untuk menjalankan kegiatan perjudian ‘holo’ dan sejumlah wang tunai,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Poge berkata, semakan rekod yang dilakukan mendapati kesemua suspek tidak memiliki rekod kesalahan lampau. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan