Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Kenduri Rakyat di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, malam ini. Foto TVS.

Sarawak antara yang akan diberi tumpuan pembentangan semula Bajet 2023 – Anwar

BUKIT MERTAJAM, 23 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang di samping negeri-negeri lain sebagai tumpuan dalam Bajet 2023 yang akan dibentangkan semula bulan hadapan.

Menurut Anwar, negeri-negeri terbabit dilihat dipinggirkan dalam pemberian peruntukan sebelum ini dan perkara itu perlu diselesaikan.

“Ini menjadi pertimbangan saya walaupun ada kekangan membabitkan pendapatan dan perbelanjaan (negara), tetapi kita akan beri perhatian jika ada kebenarannya Pulau Pinang telah dipinggirkan (pemberian peruntukan).

“Tapi sama juga bila saya pergi ke Sabah dan Sarawak, memang ada kekurangan besar.

“Peruntukan untuk Pulau Pinang banyak kepada infrastruktur besar manakala Sabah dan Sarawak lebih kepada prasarana kecil seperti klinik, hospital, perumahan rakyat dan sekolah-sekolah daif yang harus kita beri tumpunan,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Kenduri Rakyat Bersama Perdana Menteri di Cherok Tok Kun di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Perdana Menteri sebelum ini berkata, Bajet 2023 yang akan dibentangkan semula pada 24 Februari depan tidak akan terikat dengan belanjawan yang dibentangkan oleh kerajaan terdahulu pada Oktober tahun lalu.

Kata beliau, cadangan yang sudah dibuat dalam pelan belanjawan terdahulu akan tetap diambil kira dalam perangkaan Bajet 2023. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan