Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Pulau PinangĀ DatukĀ MohdĀ ShuhailyĀ MohdĀ ZainĀ bersama pegawainya menunjukkan dadah jenis ganja seberat 840.729 kilogram (kg) bernilai RM2.1 juta yang dirampas dalam empat serbuan di daerah Timur Laut dan Barat Daya pada 18 dan 19 Januari lepas ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri hari ini. Foto: Bernama

Polis tahan tujuh lelaki, rampas ganja bernilai RM2.1 juta

ByBernama

GEORGE TOWN, 23 Jan: Polis menahan tujuh lelaki termasuk seorang penjawat awam dan merampasĀ 840.729 kilogram (kg) ganja bernilai RM2.1 juta dalam beberapa serbuan di negeri iniĀ dan Perak, Khamis lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkataĀ operasi khas oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan Pulau PinangĀ itu dilakukan hasil maklumat dan risikan sejak beberapa minggu lepas.

“Penahanan bermula pada 6.45 pagi ke atas tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta diĀ Plaza Tol Bagan Ajam, Butterworth,ā€ katanyaĀ pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata hasil penahanan mereka, polis menyerbuĀ kawasan parkir kenderaan di Bukit Jambul, di sini, kira-kira 25 minit kemudian danĀ merampas sejumlah ganja seberat 479.729 kg bernilai RM1.1 juta yang disimpan di dalam sebuah kereta.

Katanya pasukan polis turut menahanĀ sebuah kereta di Plaza Tol Changkat Jering, Perak pada 7.44 pagi danĀ menahan tiga lagi lelaki di situ.

Mohd Shuhaily berkata polis kemudianĀ menyerbu kawasan Persiaran Mahsuri, Bayan Baru dekat sini, pada 2 petangĀ dan memeriksa sebuah kereta yang diparkir di situ laluĀ menemukanĀ 10 guni plastik mengandungi 361 kg disyaki ganja dalam kenderaan berkenaan.

Beliau berkata susulan itu, polis menyerbu sebuah rumah di Air Itam, di sini dan menahan seorang lagi lelaki pada 3.20 petang.

“Siasatan awal mendapati semua ganja pelbagai gred termasuk paling berkualiti itu dipercayai dibawa masuk dari negara jiran untuk pasaran tempatan.Ā Sindiket tersebut yang mempunyai rangkaian sindiket luar negara menjalankan kegiatan tersebut sejak awal tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata keseluruhan dadah yang dirampas ialah sebanyak 823 ketulan mampat ganja seberat 840.729 kg yang kesemuanya bernilai RM2.1 juta dan boleh digunakan oleh 1.8 juta penagih dadah.

Menurutnya kesemua lelaki ituĀ berusia 24 hingga 29 tahun denganĀ ada dalam kalangan mereka bekerja sebagai pemandu kenderaan di sebuah politeknik, jurutera, juruteknik komputer, peniaga dalam talian serta penganggur.

“Polis turut menyita dua kereta dan sebuah motosikal yang kesemuanya bernilai RM51,500 daripada mereka. Lima daripada mereka mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah,” katanya.

Semua suspek direman seminggu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan