Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Datuk Julaihi Narawi dan Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di kediaman Dato Sri Dr Sim Kui Hian di Kuching, hari ini. Foto: FB Datuk Julaihi Narawi.

Libat urus berterusan dengan kementerian untuk percepat pembangunan pusat kanser – Dr Sim

KUCHING, 23 Jan: Kerajaan Sarawak akan terus mengadakan libat urus dengan Kementerian Kesihatan dari semasa ke semasa bagi mempercepat pembangunan pusat kanser di negeri ini.

Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian yang juga Menteri Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak, berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diberi taklimat mengenai rancangan untuk membina pusat itu semasa mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di sini, baru-baru ini.

“Premier Sarawak (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg) telah memaklumkan Perdana Menteri mengenai keperluan mendesak untuk membina pusat kanser itu, justeru secara prinsipnya, isu itu telah dimaklumkan dan untuk butiran lanjut, kami akan membuat susulan dengan jawatankuasa teknikal dan di peringkat kementerian selepas cuti Tahun Baharu China,” katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di sini, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri oleh Abang Johari, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Dr. Sim berkata pusat kanser itu turut disenaraikan sebagai antara agenda bagi membolehkan Sarawak bergerak lebih jauh dalam mengambil alih autonomi pentadbiran berkaitan kesihatan.

Baru-baru ini, Abang Johari berkata kerajaan Sarawak bersedia membina pusat kanser itu menjelang akhir tahun ini jika Kerajaan Persekutuan bersetuju dengan cadangan tersebut dan sanggup membiayai pembinaannya yang menelan kos kira-kira RM800 juta.

Beliau berkata sebagai balasan, Kerajaan Persekutuan akan menyediakan doktor dan peralatan kepada Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan