KUCHING, 23 Jan: Jumlah kes baharu COVID-19 di Sarawak menurun pada Minggu Epidemiologi ketiga (2023) iaitu 110 kes berbanding 216 kes pada minggu sebelumnya.
📊Status terkini COVID-19 di Sarawak
📉Minggu Epid. 3 (15 Jan – 21 Jan 2023)
1️⃣1️⃣0️⃣kes baharu (Keseluruhan 324,197)
1️⃣ kes kematian (Keseluruhan 1,793)#TVS122 #TVSNews pic.twitter.com/c8iSoJ4ig3— TVS (@tvstvmy) January 23, 2023
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif 324,197 kes.
Daripada jumlah kes baharu, 100 kes dalam kategori klinikal 1 dan 2, manakala 10 kes kategori klinikal 3, 4 dan 5.
Daerah Kuching merupakan daerah dengan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 37 kes, diikuti Sibu (15), Miri (11), Bintulu (10) dan Samarahan (9).
Minggu Epidemiologi ketiga turut mencatatkan satu kematian akibat COVID-19 di Sibu. – TVS