Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lelaki warga tempatan yang ditahan terlibat aktiviti sabung ayam bersama rampasan di kawasan lapang Nanga Lango, Entabai petang semalam. Foto: IPD Julau

Kaki sabung ayam bertempiaran lari diserbu, seorang diberkas

JULAU, 23 Jan: Seorang lelaki ditahan ketika sedang leka menjalankan aktiviti sabung ayam di kawasan lapang Nanga Lango, Entabai, di sini, petang semalam

Lelaki berusia 59 tahun terbabit cuba melarikan diri bersama sekumpulan ‘kaki sabung’ yang lain lari bertempiaran ke kawasan hutan berhampiran namun gagal.

Ketua Polis Daerah Julau, Deputi Superintendan Andam Sulin berkata, serbuan ‘Op Limau’ pada jam 1.30 tengah hari  itu, turut merampas lima ekor ayam hidup, satu unit alat penimbang dan satu papan putih tertulis jadual pertaruhan.

“Suspek cuba melarikan diri namun gagal manakala sekumpulan lelaki yang lain bertempiaran lari ke hutan berhampiran mengelakkan diri daripada tertangkap,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Katanya, tangkapan dan rampasan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Langkah-Langkah Pencegahan dan Penganiayaan Binatang 1962.

“Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dihukum mengikut Seksyen 5 (3) ordinan yang sama yang boleh dihukum penjara tiga bulan atau denda RM500,” tegasnya.

Menurut Andam, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kegiatan jenayah di daerah Julau diminta tampil kepada pihak polis yang berdekatan atau menghubungi talian 084-734216. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan