Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

ISESCO kecam tindakan bakar al-Quran di Stockholm

ByBernama

AMMAN, 23 Jan: Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Islam (ISESCO) pada Ahad mengecam  “tingkah laku biadab” membakar naskhah al-Quran oleh pelampau di Stockholm, Sweden, lapor Petra.

Tindakan ini menunjukkan tindakan tidak bertamadun yang bercanggah dengan semangat toleransi dan menunjukkan ketidakpercayaan terhadap kepelbagaian budaya dan doktrin.

Perbuatan itu juga boleh membawa kepada tercetusnya perasaan benci dan menghidupkan semula ucapan kebencian, menurut ISESCO dalam satu kenyataan pada Ahad.

Memandang rendah nilai dan prinsip yang mengawal kehidupan negara dan rakyat adalah senjata pemusnah paling berbahaya yang mengganggu struktur keselamatan serta pembangunan dalam masyarakat antarabangsa.

Menurut ISESCO, corak pelanggaran sedemikian tidak akan menjejaskan nilai al-Quran yang jumlah penganutnya semakin bertambah dari hari ke hari di serata dunia.

ISESCO tidak akan teragak-agak untuk bergerak ke hadapan bersama pasukan cintakan keamanan dunia dalam menyebarkan kesedaran dan mengukuhkan asas kesederhanaan untuk mencegah penyebaran dan pengembangan kecenderungan melulu ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan