Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Kadir Abdul Kadir bercakap dalam sidang media bersama wartawan Malaysia di Bandar Segi Begawan, di sini hari ini. Foto Febbright James (TVS)

Eksport Malaysia ke Brunei meningkat lebih 33 peratus

ByFebbright James

BANDAR SERI BEGAWAN (BRUNEI), 23 Jan: Hubungan perdagangan membabitkan Brunei dan Malaysia terus kukuh berikutan peningkatan eksport yang dicatatkan sepanjang tahun lepas, kata Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau yang juga Menteri Luar berkata, Malaysia merekodkan peningkatan jumlah eksport ke Brunei sebanyak 33.3 peratus iaitu sebanyak RM7.4 bilion sepanjang 2022.

Kata beliau, jumlah import Brunei pula telah merekodkan sebanyak RM5.82 bilion iaitu peningkatan sebanyak 154.8 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Sehubungan itu, kita yakin bahawa lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara ini bakal membuka lembaran baharu kepada Malaysia dan Brunei untuk menilai kerjasama dan seterusnya meneroka peluang baharu termasuklah pelaburan yang memanfaatkan kedua – dua negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama wartawan Malaysia di sini hari ini.

Anwar yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada November tahun lepas akan memulakan lawatan rasmi sulung beliau selama dua ke sini bermula esok.

Brunei merupakan negara kedua dilawati Anwar selepas Indonesia.

Sementara itu, Zambry berkata, pertemuan Perdana Menteri dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah juga akan memberi peluang kepada kedua-dua belah pihak untuk menilai kemajuan kerjasama yang telah dirintis sejak sekian lama.

“Kita turut berbesar hati apabila Sultan Hassanal Bolkiah berkenan untuk menghoskan Majlis Santapan Rasmi menyambut ketibaan Perdana Menteri dan delegasi, “ katanya.

Semasa lawatan ini juga Zambry memberitahu, Perdana Menteri akan menyaksikan majlis memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Lembaga Pelaburan Pembangunan Malaysia (MIDA) dan Agensi Pelaburan Brunei (Brunei Investment Agency).

“MoU ini merupakan langkah susulan hasil lawatan khas Sultan Brunei ke Malaysia pada 28 November 2022.

“Ia akan memberi peluang kepada kedua-dua buah negara untuk meneroka potensi pelaburan yang menjadi kepentingan bersama,” katanya.

Kata beliau, Brunei kini merupakan rakan dagangan ke-26 terbesar Malaysia dan yang keenam terbesar dalam ASEAN dengan jumlah perdagangan berjumlah RM13.22 bilion pada 2022. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan