Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suasana di sekitar Masjid Omar Ali Saifuddien dan Bahtera Mahligai dlimpahi cahaya pada waktu malam di sini hari ini. Foto Bernama.

Anwar adakan lawatan rasmi pertama ke Brunei

BySyah Hairizal Kamalul Arifin

BANDAR SERI BEGAWAN, (BRUNEI) 23 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan rasmi pertama ke negara ini bermula esok sehingga 25 Januari.

Ini merupakan lawatan kerja kedua beliau ke luar negara selepas dilantik sebagai Perdana Menteri pada November lepas.

Anwar akan diiringi isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor juga dijadual menyertai delegasi Perdana Menteri.

Sejurus tiba esok, Anwar bakal diraikan dalam satu majlis sambutan negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei dan disusuli dengan pemeriksaan barisan kehormat dan memperkenalkan delegasi Malaysia dan Brunei.

Dalam rangka lawatan ini juga, beliau dijadualkan untuk menghadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman pada Rabu.

Beliau turut akan menghadiri Majlis Makan Malam bersama diaspora Malaysia di Suruhanjaya Tinggi Malaysia.

Seterusnya Perdana Menteri akan menyaksikan Majlis Menandatangani Kerjasama antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Agensi Pelaburan Brunei (BIA).

Brunei merupakan rakan dagang ke-30 terbesar Malaysia dan keenam terbesar di  ASEAN dengan nilai perdagangan berjumlah RM8.08 bilion (AS$1.94 bilion) pada 2021. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan