Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Dr Tay Chin Kin menggaul Yee Sang pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Kuching, hari ini. Turut kelihatan, Dato Dayang Morliah Awang Daud. Foto: Faitullah Morni (TVS)

85 anak-anak yatim dirai pada Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 23 Jan: Seramai 85 orang anak-anak yatim dari Kompleks Kebajikan Laila Taib (Peryatim) menerima sumbangan kewangan daripada seorang ahli perniagaan, Datuk Dr Tay Chin Kin sempena Tahun Baharu Cina.

Sumbangan itu disampaikan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada satu majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di kediaman Chin Kin di sini, hari ini.

Turut hadir, isteri Awang Tengah, Dato Dayang Morliah Awang Daud dan Naib Ketua Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Eric Tay Tze Kok.

Sementara itu, Awang Tengah dan Dayang Morliah turut berkunjung ke majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di kediaman Presiden Persatuan Lawn Tenis Sarawak, Dato Patrick Liew.

Ketibaan beliau pada sekitar jam 1.30 tengah hari, diserikan dengan tarian singa.

Hadir sama, Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kuching, Xing Weiping dan Timbalan Menteri Pengangkutan II (Sungai dan Laut), Dato Henry Harry Jinep.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan