Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 52 kemalangan maut melibatkan 58 kematian direkodkan di seluruh negara setakat empat hari pelaksanaan Op Selamat 19 sempena Tahun Baharu Cina. Foto: Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor

58 kematian setakat empat hari Op Selamat 19

ByBernama

KUALA LUMPUR, 22 Jan: Sebanyak 52 kemalangan maut melibatkan 58 kematian direkodkan di seluruh negara setakat empat hari pelaksanaan Op Selamat 19 sempena Tahun Baharu Cina.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, DCP Mohd Nasri Omar berkata, daripada jumlah kematian itu, 38 membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal, pemandu dan penumpang kereta (14),  pemandu dan penumpang lori (tiga), pejalan kaki (dua) serta satu pemandu jip.

“Seramai 33 individu dilaporkan cedera parah manakala 250 lagi cedera ringan,” katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.

Mengenai jumlah keseluruhan kemalangan, Mohd Nasri berkata, 7,180 kes direkodkan yang melibatkan 9,198 kenderaan dan 9,653 saman atas enam kesalahan lalu lintas utama dikeluarkan.

Menurutnya, kesalahan paling banyak adalah melanggar lampu isyarat iaitu 3,250 saman, memandu melebihi had laju (2,785) dan menggunakan telefon bimbit semasa memandu (1,316).

“Selain itu, 1,183 saman dikeluarkan atas kesalahan memotong barisan, memotong di garisan berkembar (692) dan memandu di lorong kecemasan (427),” katanya sambil menasihatkan pengguna jalan raya sentiasa peka semasa pemanduan bagi mengelak risiko kemalangan.

Op Selamat 19 dilaksanakan 10 hari mulai Rabu lepas hingga 27 Januari ini secara serentak di seluruh negara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan