Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seekor ular sawa sepanjang kira - kira empat meter yang melingkar berhampiran kawasan dapur rumah penduduk di Kampung Patiambun, di sini berjaya ditangkap oleh bomba. Foto Bomba Limbang.

Ular sawa ‘berehat’ berhampiran dapur rumah ditangkap

LIMBANG, 22 Jan: Penghuni di sebuah rumah di Kampung Patiambun, di sini terkejut dengan ‘kehadiran’ seekor ular sawa sepanjang hampir empat meter yang melingkar di bahagian luar dapur rumahnya malam semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Tujuh Limbang, Sarawak, Ramlan Marajan berkata, kejadian disedari tuan rumah itu kira – kira pukul  9 malam.

Katanya, sepasukan anggota kemudian dihantar ke lokasi kejadian yang terletak kira – kira tujuh kilometer (km) dari balai bomba selepas menerima panggilan kecemasan.

“Ketika kejadian, penghuni rumah itu mahu ke dapur dan dia terperanjat apabila melihat kemunculan reptilia berkenaan.

“Pasukan bomba berjaya menangkap ular itu dengan menggunakan alat penjerut dan seterusnya melepaskan ke habitat asal yang jauh dari kediaman penduduk,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Operasi menangkap ular itu tamat pada pukul 9.56 malam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan