Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mangsa telah dikeluarkan pasukan bomba dalam keadaan tidak sedarkan diri. BBP Miri.

Seorang maut kemalangan jalan raya di Miri

MIRI, 22 Jan: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Jee Foh Utama dekat sini malam tadi.

Mangsa, Lim Tze Kiat, 37, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemangku Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri, Penguasa Kanan Bomba II (PgKB II) Ahmad Nizam Sapaiee berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 11.58 malam.

Kereta Honda Accord remuk di bahagian hadapan setelah bertembung dengan kereta mangsa. Foto: BBP Miri

“Setibanya di tempat kejadian, bomba mendapati sebuah kenderaan jenis Honda HRV yang dipandu mangsa telah bertembung dengan sebuah Honda Accord.

“Pasukan bomba telah mengeluarkan pemandu Honda HRV yang dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di tempat kejadian.

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Umum Miri manakala pemandu kereta Honda Accord yang mengalami kecederaan telah dibawa ke hospital sama untuk rawatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner (ACP) Alexson Naga Chabu ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Beliau memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1)  Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan