Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman bersama pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) tempatan mengadakan kunjungan kepada pemimpin Cina sempena Tahun Baharu Cina di Limbang hari ini. Foto: TVS

Sarawak diberi perhatian oleh Kerajaan Perpaduan

LIMBANG, 22 Jan: Sarawak terus diberi perhatian di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, ini dapat dilihat melalui pelbagai usaha dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan termasuk memastikan tuntutan dan hak Sarawak dikembalikan seperti perbincangan dalam Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Kata beliau, ini seterusnya akan membawa perkembangan positif termasuk Malaysia akan bertambah makmur di bawah kepimpinan baharu dengan sokongan kuat semua parti-parti di bawah Kerajaan Perpaduan.

“Ini juga seterusnya akan membolehkan Sarawak menikmati limpahan pembangunan berdasarkan beberapa perkara sudah terungkai dengan kunjungan Perdana Menteri baru – baru ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS selepas berkunjung ke kediaman pemimpin masyarakat Cina tempatan sempena Tahun Baharu Cina hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Hasbi Habibollah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Paulus Palu Gumbang dan Wali Kota Majlis Daerah Limbang, Kaunselor Sufian Mohat.

Sementara itu, Abdul Rahman turut optimis bahawa lebih banyak lagi tuntutan akan dikembalikan dalam MA63 yang akan memberi kebaikan bukan saja di selatan Sarawak, malah meliputi utara negeri ini.

“Ini akan merancakkan pembangunan yang sudah berlaku, sedang berlaku dan akan dilaksanakan pada masa akan datang,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan