Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kepulan asap tebal menyelubungi dua buah rumah yang terbakar di Jalan Yun Chai Lok, Sungai Bidut, dekat sini pagi tadi. Foto: BBP Sungai Merah

Sambutan Tahun Baharu Cina dua keluarga di Sibu suram, rumah terbakar

SIBU, 22 Jan: Sambutan Tahun Baharu Cina bagi dua buah keluarga bertukar suram apabila rumah mereka di Jalan Yun Chai Lok, Sungai Bidut, dekat sini musnah terbakar pagi tadi.

Kebakaran yang berlaku kira – kira pukul 8 pagi itu menyebabkan seramai 16 penghuni hilang tempat berteduh malah sebuah kereta turut terbakar 100 peratus.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Zon 4 Sibu, Penguasa Kanan 1, Janggan Muling berkata, sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan, 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah dikerah ke lokasi kejadian.

“Komander operasi melaporkan rumah pertama yang diduduki lima sekeluarga terbakar 90 peratus manakala rumah sebelahnya yang didiami 11 penghuni terjejas 60 peratus.

“Pasukan operasi BBP Sungai Merah yang turut dibantu oleh lapan anggota dari BBP Sibu Sentral berjaya mengawal kebakaran pada pukul 9.36 pagi,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Bagaimanapun katanya, longgokan beg plastik yang terbakar di bahagian garaj kereta rumah pertama telah menyebabkan kerja-kerja ‘overhaul’ mengambil masa yang lebih lama.

Janggan memberitahu, kejadian itu tidak melibatkan kecederaan dan kehilangan nyawa manakala punca kebakaran masih dalam siasatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan