KUCHING, 22 Jan: Seramai 44 penumpang berdepan detik cemas selepas bas persiaran dinaiki mereka terbakar di Plaza Tol Universiti Putra Malaysia (UPM), awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 6.19 pagi.
“Bas persiaran itu bergerak dari Johor Bahru menghala ke Kuala Lumpur dan terbakar 100 peratus,” katanya menerusi kenyataan media di Selangor hari ini.
Menurut Hafisham, kebakaran berkenaan turut menyebabkan bumbung pondok tol terbakar 10 peratus.
Bagaimanapun, seramai 44 penumpang termasuk pemandu bas tersebut berjaya menyelamatkan diri.
Kebakaran bas itu berjaya dipadamkan kira-kira setengah jam kemudian manakala punca kebakaran masih dalam siasatan. -TVS