Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar arkib keadaan banjir di Kampung Bedaun, Kuching pada 23 Dis 2022. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Amaran banjir kilat dalam tempoh 24 jam dikeluarkan di enam negeri

ByBernama

KUALA LUMPUR, 22 Jan: Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), hari ini mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 24 jam di enam negeri di seluruh negara.

Di Johor, kawasan berisiko terjejas ialah daerah Batu Pahat (Mukim Sungai Punggor, Mukim Simpang Kanan, Mukim Sri Medan serta kawasan sekitarnya) dan daerah Kota Tinggi (Mukim Sedili Besar serta kawasan sekitarnya).

Bagi daerah Muar, (Mukim Sri Menanti, Mukim Ayer Hitam, Mukim Bandar, Mukim Jalan Bakri, Bandar Maharani serta kawasan sekitarnya) dan daerah Pontian (Mukim Rimba Terjun, Mukim Ayer Masin, Mukim Pontian, Mukim Ayer Baloi, Mukim Benut, Mukim Sungai Pinggan serta kawasan sekitarnya).

Di Melaka, daerah yang berisiko banjir kilat ialah di Melaka Tengah (Mukim Umbai, Mukim Telok Mas, Mukim Padang Temu, Mukim Alai, Mukim Ujong Pasir, Mukim Bukit Lintang, Mukim Padang Semabok, Mukim Duyong, Mukim Bukit Piatu, Mukim Bukit Katil, Mukim Bukit Rambai, Mukim Tangga Batu, Mukim Sungai Udang serta kawasan sekitarnya), sementara di daerah Jasin (Mukim Ayer Panas, Mukim Nyalas serta kawasan sekitarnya).

Di Pahang, membabitkan tiga daerah iaitu Termerloh (Mukim Perak, Mukim Jenderak, Mukim Bangau, Bandar Temerloh, Mukim Sanggang serta kawasan sekitarnya dan daerah Bera (Bandar Triang, Mukim Triang, Mukim Bera serta kawasan sekitarnya) manakala daerah Maran (Mukim Kertau dan Mukim Chenor serta kawasan sekitarnya).

Di Selangor, kawasan berisiko ialah daerah Klang (Pekan Pandamaran, Bandar Klang, Mukim Kapar serta kawasan sekitarnya), daerah Petaling (Bandar Shah Alam, Pekan Batu Tiga, Mukim Damansara, Mukim Bukit Raja serta kawasan sekitarnya) serta daerah Kuala Selangor (Mukim Pasangan, Pekan Bestari Jaya serta kawasan sekitarnya).

Di Negeri Sembilan membabitkan daerah Jelebu (Mukim Kenaboi, Mukim Ulu Klawang, Mukim Pertang serta kawasan sekitarnya), daerah Jempol (Mukim Serting Ulu, Mukim Serting Ilir, Pekan Batu Kikir serta kawasan sekitarnya) serta daerah Tampin (Mukim Gemas, Mukim Gemencheh serta kawasan sekitarnya).

Di Sarawak, meliputi Bahagian Kuching (Bandar Kuching serta kawasan sekitarnya) dan Bahagian Samarahan (Kg Mang, Kg Tanjung Bundong, Kg Empila, Kg Tanjung Parang, Kg Bangka Semong, Kg Nuip serta kawasan sekitarnya).

Menurut kenyataan JPS, notis yang dikeluarkan pada jam 4 petang tadi itu adalah berdasarkan makluman ramalan hujan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS, bahawa terdapat risiko banjir kilat di beberapa lokasi di negeri terbabit jika berlaku hujan lebat atau ribut petir yang signifikan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan