Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma'ani Tun Tuanku Bujang mengunjungi kediaman Pengarah Urusan Plaza Merdeka Holdings, Dato Steve Ng Thian Yew sempena Tahun Baharu Cina hari ini. Foto TVS.

Abang Johari kunjungi kediaman Steve Ng

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 22 Jan: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang mengunjungi kediaman Pengarah Urusan Plaza Merdeka Holdings, Dato Steve Ng Thian Yew sempena Tahun Baharu Cina hari ini.

Ketibaan Abang Johari dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang pada pukul 11 pagi tadi disambut Steve Ng dan kemudian diserikan dengan persembahan sambutan tarian singa.

Abang Johari dan isteri kemudian turut menyertai upacara menggaul Yee Sang sebelum menjamu selera.

Turut hadir, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi.

Sempena kehadiran Tahun Arnab, Abang Johari turut mengunjungi Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) pagi tadi.

Beliau meninggalkan kediaman Steve Ng kira-kira pukul 12:15 tengah hari dan meneruskan kunjungannya ke kediaman Penasihat Undang-Undang Negeri Sarawak dan Bekas Peguam Kanan Sarawak, Dato Sri Fong Joo Chung. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan