Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya meraih gelaran sulung Jelajah Badminton Dunia. Foto Bernama.

Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya mara ke final Terbuka India

ByBernama

NEW DELHI, 22 Jan: Pasangan beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya mara ke final Terbuka India selepas menewaskan pasangan nombor satu dunia dari Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto, pada Sabtu.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu berkata pada set pertama, lawan mereka berjaya mengekalkan momentum, namun mereka percaya akan kemampuan diri sehingga dapat menewaskan pihak lawan.

Beregu Malaysia itu menang dalam saingan selama 53 minit itu 11-21, 21-15, 21-16 dalam pertandingan berlangsung di Dewan Tertutup KD Jadhav di sini.

“Saya rasa kami bermain dengan baik hari ini. Kami percaya pada diri sendiri (untuk kembali memperoleh momentum selepas tewas pada set pertama),” kata Aaron.

Bagaimanapun, nasib berbeza buat beregu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah apabila tewas dalam aksi separuh akhir menentang pasangan Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida dengan 14-21, 16-21.

Bercakap kepada Bernama, pasangan Malaysia itu berkata mereka tidak mampu untuk menandingi kepantasan pihak lawan dalam saingan yang berlangsung selama 43 minit itu.

“Saya rasa mereka lebih pantas berbanding kami. Kami tidak dapat mengikuti rentak mereka,” kata Pearly.

“Kita perlu meneliti semula aksi perlawanan hari ini dan kepincangan yang ada,” kata Thinaah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan