Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bercakap pada sidang media selepas menghadiri Majlis Apresiasi MYSED 2023 di Kuching pada Jumaat.

Sarawak sedia anjur SUKMA 2024

KUCHING, 21 Jan: Sarawak bersedia menjadi tuan rumah bagi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 sekiranya diberi peluang memikul tanggungjawab berkenaan, kata Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Hasrat sedemikian disuarakan beliau ekoran Johor didapati telah menolak tawaran untuk menjadi tuah rumah kejohanan tradisi nasional itu bagi edisi 2024.

Menurut beliau perkara berkenaan telahpun dibincangkan semasa Mesyuarat Exco Belia dan Sukan bersama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh pada 17 Januari lalu.

“Kalau tidak keberatan Sarawak menawarkan diri sebagai hos untuk SUKMA 2024 kerana negeri yang telah diberikan amanah untuk mengadakan sukan tersebut menolak untuk menganjurkannya”.

“Setakat ini tidak ada negeri lain yang sanggup memikul tanggungjawab (menganjurkan SUKMA), apa yang saya boleh katakan Sarawak sedia untuk mengendalikan SUKMA jika diberi peluang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Apresiasi MYSED di sebuah hotel terkenal di sini pada Jumaat.

Mengulas lanjut, penganjuran SUKMA sepatutnya diadakan di Johor pada 2020 namun telah ditunda beberapa kali termasuk edisi 2021 dan 2022 sebelum ia diteruskan di Kuala Lumpur.

“Johor sekali lagi diamanahkan untuk menganjurkan SUKMA kerana mereka memiliki fasiliti yang lengkap, mungkin mereka sudah tawar hati untuk melaksanakannya, jadi mereka menolak.

“Selain itu, Kelantan juga dicadang untuk mengadakan temasya sukan tersebut pada 2024, namun ketika ini kita masih menunggu maklum balas dari mereka. Berdasarkan pandangan Exco Belia dan Sukan Kelantan, mereka mungkin berdepan masalah dari segi persiapan termasuk faktor masa dan kekurangan fasiliti,” jelasnya.

Dari sudut persiapan jika menjadi tuan rumah sekali lagi, Abdul Karim berkata Sarawak akan menyahut cabaran itu berdasarkan aspek fasiliti lengkap yang kini dalam keadaan sedia untuk digunakan.

“Kita memang bersedia kerana kita ada semua kemudahan kecuali velodrome, kalau penganjuran edisi 2026 saya percaya, pusat velodrome kita sudah siap kerana ia adalah satu fasiliti sukan yang dalam perancangan untuk dibina,” katanya.

Untuk rekod, Sarawak telah menjadi tuan rumah SUKMA sebanyak dua kali iaitu pada 1990 dan 2016 sejak temasya itu mula diperkenalkan pada 1986.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan