Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mantan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.

Sarawak makmur, harmoni berkongsi rai perayaan

KUCHING, 21 Jan:  Yang di-Pertua Negeri Sarawak,  Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menyeru rakyat di negeri ini terus memakmurkan keharmonian dalam kepelbagaian kaum dan agama tatkala berkongsi meraikan sambutan perayaan bersama.

Beliau menegaskan perbezaan gaya hidup, budaya dan kepercayaan telah menjadikan negeri ini sebagai sebuah keluarga yang menjaga kepentingan, kebajikan dan keperluan keluarga yang lain.

“Dalam kontek kita di negeri Sarawak, perbezaan budaya dan kepercayaan, tidak mengasingkan kita antara satu kaum dengan kaum yang lain apabila kita tetap meraikan perayaan rakan-rakan daripada kaum lain”.

Budaya seperti inilah yang melahirkan kehidupan yang harmoni dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negeri ini sekali gus menjadikan kita sebagai sebuah keluarga majmuk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perutusan sempena Tahun Baru Cina 2023, di sini, hari ini.

Beliau turut menyatakan sepanjang tahun menyaksikan Sarawak meraikan pelbagai perayaan seperti perayaan Hari Raya, Gawai Dayak, Krismas, Deepavali dan lain-lain perayaan yang disambut secara rumah terbuka.

“Yang baiknya, sambutan perayaan ini turut diraikan bersama oleh kaum-kaum lain melalui konsep rumah terbuka dan ia bertujuan bagi mengeratkan semangat muhibah dan jalinan kerjasama antara semua rakyat Sarawak,” ujar beliau lagi.

Beliau memberitahu sambutan Tahun Baharu Cina yang akan disambut esok amat bermakna bagi masyarakat Cina berikutan akan meraikan ‘Tuan Yuan Fan’ ataupun makan malam besar pada ambang tahun baharu bagi mengukuhkan ikatan kekeluargaan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan