Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah. Foto: Bernama.

Amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah

ByBernama

KUALA LUMPUR, 21 Jan: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 2 petang, MetMalaysia meramalkan hujan berterusan akan melanda Kelantan dan beberapa kawasan di Terengganu iaitu Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang sehingga esok.

Selain itu, MetMalaysia turut menjangkakan keadaan cuaca sama sehingga 25 Jan bagi Dungun dan Kemaman di Terengganu, Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin) serta Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Hujan berterusan juga dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, dan Marudi), serta di Sabah (Tambunan, Tawau, Lahad Datu, Sandakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan dan Kudat) pada 23 Jan hingga 25 Jan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan