Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke beramah mesra dengan para penumpang pada Majlis Pelepasan Pesawat Tambahan Khas AirAsia sempena Tahun Baru Cina di klia2 pada Khamis. Foto: Bernama

Syarikat penerbangan perlu tumpu aspek operasi, elak kelewatan penerbangan – Loke

ByBernama

SEPANG, 20 Jan: Kementerian Pengangkutan (MOT) mahu syarikat penerbangan menumpukan aspek operasi bagi mengelak berlakunya kelewatan penerbangan.

Menterinya Anthony Loke berkata beliau telah mengadakan perbincangan dengan syarikat penerbangan tambang rendah bagi mencari penyelesaian isu terbabit.

“Memang saya tahu berkenaan rungutan orang ramai berhubung isu delay (kelewatan) penerbangan. Ini disebabkan pelbagai faktor seperti teknikal, cuaca dan sebagainya.

“Tetapi saya sudah minta syarikat penerbangan untuk beri fokus kepada operasi sebab kita harapkan ada suatu operasi lebih baik bagi kurangkan masalah kelewatan penerbangan,” katanya pada Majlis Pelepasan Pesawat Penerbangan Tambahan Istimewa AirAsia sempena Tahun Baharu Cina di  Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada Khamis malam.

AirAsia sebelum ini mengumumkan 52 penerbangan tambahan pada tambang rendah tetap ke enam destinasi di Sabah dan Sarawak dari 17 hingga 30 Jan 2023 sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Syarikat penerbangan tambang rendah itu menawarkan harga tiket RM199 sehala bagi penerbangan dari Kuala Lumpur atau Johor Bahru ke Kuching, Sibu, Bintulu serta Miri.

Loke berkata sambutan menggalakkan diterima daripada orang ramai membuktikan inisiatif tersebut memberi manfaat kepada penumpang.

“Kita ingin beri peluang kepada rakyat Malaysia yang bekerja di Semenanjung untuk pulang menyambut perayaan di Sabah dan Sarawak. Bukan sahaja untuk Tahun Baru Cina tetapi ia akan diteruskan untuk Hari Raya kelak,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan